20 Amalan Kunci Pembuka Rezeki Dari Langit & Bumi

Kadangkala dalam kehidupan kita berasa susah untuk mendapatkan rezeki walaupun tenaga kita yang empat kerat ini telah digunakan sepenuhnya untuk mencari rezeki yang halal di muka bumi ini. Apakah sebabnya berlaku demikian? Dimanakah salahnya? Mengapakah walaupun kita telah bekerja keras, namun rezeki kita sukar ditebak, malahan kerap tidak mencukupi bagi menyara keluarga kita? Ada berapa sebab yang mengakibatkan tertutupnya pintu rezeki kita. Ianya hanya berpunca daripada sikap hidup kita dan amalan sehari-hari. Kita tidak perlu mencari sebab-sebab luaran, berana ia berpunca daripada sikap hidup kita yang tidak mengambil berat terhadap perintah dan larangan Allah s.w.t. Buku ini mendedahkan beberapa amalan dan cara hidup kita yang mengakibatkan tertutup pintu-pintu rahmat dan rezeki. Kita perlu mengambil berat apa yang dihuraikan di dalam buku ini kerana ianya menjadi punca kesusahan yang berlaku dalam hidup kita.

Product Overview
ISBN 9789833092949
Categories Bacaan Umum, Buku Agama, BX, Malay Books, Pembangunan Diri
Author(s) Muhammad Haiye Alawi
Publisher BookXcess Sdn. Bhd. 750543-D (BookXcess Online)
Pages 163
Format Paperback
Dimensions 14.00cm x 0.90cm x 21.00cm
Weight 0.22 kg

Subscribe