44 Wanita Solehah Dambaan Syurga

Objektif buku ini adalah untuk memperkenalkan beberapa wanita solehah yang istimewa dalam Islam. Selain menceritakan kehidupan luar biasa mereka, yang sebahagiannya pernah mempengaruhi masyarakat wanita Islam lain dengan cara yang positif ia juga memfokuskan unsur-unsur ketabahan wanita-wanita tersebut.

Keadaan ini sekaligus dapat memudarkan tanggapan umum tentang jawapan stereotaip yang tidak tepat yang acapkali dilabelkan ke atas diri wanita Islam yang kononya lemah dan hanya terperuk di sudut dapur rumah.

Diharap kesan positif yang dibawa oleh 44 Wanita Solehah Dambaan Syurga ini, yang mana mereka telah hidup dalam minda kita merentasi zaman, dapat memberi inspirasi kepada seluruh pembaca Muslimin dan Muslimah bagi menanam benih kebaikan dan semangat untuk mencapai matlamat kehidupan Islam.

Product Overview
ISBN 9789670506524
Categories Bacaan Umum, Buku Agama, BX, Malay Books
Author(s) Syed Mahazhir
Publisher BookXcess Sdn. Bhd. 750543-D (BookXcess Online)
Pages 280
Format Paperback
Dimensions 14.80cm x 1.50cm x 20.90cm
Weight 0.16 kg

Subscribe