Buat Duit Dengan Katering

Buku Buat Duit dengan Katering adalah panduan lengkap bagi menceburi bisnes katering secara kecilan dan berskala besar. Malah buku ini juga diisi dengan kisah-kisah benar dan diselitkan unsur-unsur motivasi bagi membina daya juang yang utuh.

Pembaca bakal didedahkan dengan: Jenis-jenis katering - Peralatan-peralatan wajib ada - Cadangan jenis menu dan harga tawaran - Tip-tip mempromosikan dan memasarkan bisnes katering. Bimbingan lengkap dan mudah difahami mampu menjadikan kita seorang pengusaha katering yang berjaya walaupun dengan modal kecil.

Walaupun buku ini adalah sebuah ujana berkaitan bisnes katering yang bertujuan memberi panduan kepada bakal usahawan katering, namun tidaklah ianya mengandungi ayat-ayat yang susah untuk ditaakul. Ia tidak mengandungi jargon bisnes dan usahawan yang sukar difahami. Kaedah penulisan saya ialah teknik bercerita atau pun boleh dikatakan teknik penulisan novel.

Saya mencurahkan segala pengalaman seharian dalam membangun dan menjalankan bisnes katering yang sudah memasuki tahun keenam. Buku ini bukan sahaja sebagai panduan menceburi bisnes katering daripada pengalaman meraduk gelombang yang menghempas, malah ianya juga diisi dengan kisah-kisah benar.

Saya selitkan juga unsur-unsur motivasi bagi membina daya juang yang utuh. Saya mengakui bukan mudah untuk mempastikan bisnes kita menguntungkan. Namun begitu ianya juga bukan perkara mustahil. Seperti yang saya bentangkan dalam buku ini, jika kecil modalnya, maka kecil juga anda mulakan bisnes. Jika besar modalnya dan ada aliran tunai yang kukuh, besar pula skop katering yang boleh diceburi.

Product Overview
ISBN 9789673690848
Categories Bacaan Umum, Bacaan Umum: Personal Development, BX, Malay Books, Pembangunan Diri
Author(s) Hizamnuddin Awang, Imran Yusuf
Publisher BookXcess Sdn. Bhd. 750543-D (BookXcess Online)
Pages 132
Format Paperback
Dimensions 12.60cm x 0.70cm x 18.80cm
Weight 0.15 kg

Subscribe