Bulan Berbisik

ANDAI malam bisa merisik, pasti purnama akan berbisik. Berbisik tentang cinta.. tentang derita... tentang madu... tentang hempedu. Menikmati keindahan purnama di sebalik jendela, Khadijah sedar bulan ciptaan-NYA penuh rahsia, bagai mengungkap rahsia dirinya. Bila rasa ngilu kian terasa, dia mengembara mencari diri. Kusedari... betapa selama ini aku tertipu dengan bayang-bayang mentari, sedangkan rembulan sudah lama menghuni. Kuakui... mengujiku adalah mainan-MU. Memberi juga adalah limpah kurnia-MU. Mengambil juga adalah hak-MU. Justeru, aku kian berani menempuh realiti ini Lalu, Khadijah mencari Aima. Mahu dilamarnya. Namun, dimana? Aima Adawiyah mencari satu pengabadian tapi dia bertemu cinta. Cinta yang pernah dihumban jauh dari hidupnya. Hatinya menjadi celaru, langit jiwanya berubah biru. Di persimpangan, Khadijah dan Aima bertemu. Kedua-duanya mengusung makna cinta yang ketara berbeza.

Product Overview
ISBN 9789831243169
Categories BX, Malay Books, Novel, Novel Cinta
Author(s) Samsiah Mohd. Nor
Publisher BookXcess Sdn. Bhd. 750543-D (BookXcess Online)
Pages 500
Format Paperback
Dimensions 11.40cm x 2.30cm x 18.50cm
Weight 0.39 kg

Subscribe