Cinta Semanis Gula

“Tea lady for me.”

Affirina rasakan ungkapan itu satu penghinaan ke atas dirinya yang memiliki ijazah dalam Hiasan Rekaan Dalaman. Lalu, dia yang kecundang dalam satu sesi temu duga melancarkan perang dingin ke atas lelaki bernama Mohd. Edikasyah, si penemu duga.

Edikasyah pula sengaja mencari peluang untuk mengenakan Affirina bilamana dia sengaja membiarkan Affirina terus salah faham mengenai hubungannya dengan gadis bernama Nabila sewaktu kunjungan mereka ke butik pengantin tempat Affirina bekerja.

Daripada perang dingin, akhirnya mereka menjadi sahabat. Sahabat yang membawa erti dalam hidup Affirina dan juga Edikasyah sehinggakan Affirina sering keliru dengan layanan ‘sahabat’ yang selalu dia terima daripada Edikasyah.

Sedang Affirina baru mahu meniti kebahagiaan, muncul pula lelaki yang pernah merobek maruahnya suatu ketika dulu. Dia jadi buntu. Buntu dalam menilai keikhlasan Agus Rahfiz yang datang kepadanya dengan keinsafan. Salam maaf Agus Rahfiz disambut dan persahabatan kembali terjalin. Tetapi hari tidak selalunya panas, hubungan mereka disalahtafsirkan oleh Edikasyah. Kekacauan mula berlaku dan peperangan jiwa mula meletus dalam hati mereka.

Mampukah hubungan yang baru bercambah terus subur? Mampukah Affirina mempertahankan hubungan yang terjalin bersama Edikasyah? Atas sebab apa Agus Rahfiz kembali dalam hidup Affirina? Antara Edikasyah dan Agus Rahfiz, siapakah lelaki pilihan Affirina? Apakah perhubungan yang terjalin, akan terus ada kemanisannya?

Product Overview
ISBN 9789673651443
Categories BUY8, BX, Malay Books, Novel, Novel Cinta
Author(s) Hanny Esandra
Publisher BookXcess Sdn. Bhd. 750543-D (BookXcess Online)
Pages 414
Format Paperback
Dimensions 11.60cm x 2.00cm x 18.50cm
Weight 0.34 kg

Subscribe