Di Hatiku Kau Disitu

HAIFA hanya gadis biasa. Tidak sesempurna mana. Harta tiada. Pelajaran apatah lagi. Justeru, beza dia dengan Iman bagai langit dan bumi. Haifa yang tidak pernah
sedar diri, tetap bersikap hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong. Sangkanya, kasih yang bertunas bakal mekar hingga ke penghujung. Mana sangka ia layu sebelum berkembang. Haifa
merana sehingga pinggang rampingnya bertukar menjadi papan
sekeping. sejak itu diharamkan mulutnya daripada menyebut nama Iman.
Ketika akalnya merangkak-rangkak melupakan Iman, Nazim muncul
merayu kasih. Puas ditolak, Nazim tetap buat tak faham. Mana mungkin
dia menerima lelaki itu? Nazim lebih pelahap daripada buaya Bujang
Senang. Jika diterima, bimbang hatinya dilapah-lapah sampai lumat.
Sudahlah begitu, perangainya pula tidak menepati kriteria lelaki idaman.
Namun, jangan harap Nazim mahu mengalah. Selagi Haifa tidak berkata
"Ya!, selagi itulah dikejarnya Haifa sampai dapat. Ketika fikirannya bergelut, Iman ingin kembali padanya. Biarpun sudah
beristeri, Iman tetap tidak sedar diri. Jemu dia berkata Tidak! tetapi Iman tetap mendesak. Di antara Iman dan Nazim, Haifa jadi buntu. Puas dia lari ke kiri dan ke kanan. Malangnya, dia tersepit di tengah-tengah. Ah, siapakah yang harus dia pilih?

Product Overview
ISBN 9789831248683
Categories BX, Malay Books, Novel, Novel Cinta
Author(s) NUREEN MIRZA
Publisher BookXcess Sdn. Bhd. 750543-D (BookXcess Online)
Pages 497
Format Paperback
Dimensions 11.30cm x 2.10cm x 18.50cm
Weight 0.41 kg

Subscribe