Himpunan Syahdu Pantun Melayu Indah Dalam Kiasan

Buku Himpunan Syahdu Pantun Melayu – Indah Dalam Kiasan oleh Datin Asima ini merakamkan pantun yang sarat dengan unsur-unsur kreativiti, nasihat dan ilmu pengetahuan yang menyerlahkan kehalusan budi dan ketajaman fikiran penulisnya.

Dalam himpunan ini, penulis menggabung jalinkan pantun-pantun dalam rangkaian ilmu berbentuk;

• Pantun Agama
• Pantun Nasihat
• Pantun Kasih Sayang
• Pantun Peribahasa
• Pantun Berdagang
• Pantun Budi Bahasa
• Pantun Kiasan
• Pantun Meminang
• Pantun Majlis Perkahwinan
• Pantun Am
• Koleksi Pantun Rumpun Melayu
• Pantun 8 Kerat
• Pantun 6 Kerat
• Pantun 2 Kerat

Penulis menggunakan nama-nama yang indah di Malaysia, Kepulauan Riau dan Tanah Minang untuk melengkapkan ayat-ayat istimewa umpamanya Pulau Penyengat, Pulau Karimun dan lain-lain lagi. Bagi mengembalikan nostalgia tentang keagungan Kerajaan Melayu di Nusantara, penulis menyelitkan nama-nama kerajaan yang masyhur seperti Majapahit, Mataram, Sambas dan Sailendra sebagai bahan ilmiah untuk anak-anak muda. Selain daripada itu, nilai estetika dalam pantun Melayu turut dikekalkan dengan penggunaan flora dan fauna dalam pembayang pantun-pantun beliau.

Product Overview
ISBN 9789675711169
Categories BX, Malay Books, Novel, Novel & Sastera
Author(s) Datin Asima Hj Abdul Latiff
Publisher BookXcess Sdn. Bhd. 750543-D (BookXcess Online)
Pages 201
Format Paperback
Dimensions 22.50cm x 0.90cm x 21.00cm
Weight 0.51 kg

Subscribe