K-Pop Boys Lawan Band Rock

EXO, Super Junior dan Bangtan Boys! Ia trend muzik Korea yang paling digemari… meledak tanpa boleh disekat lagi! Siapa tidak suka KPOP? Maka dilabel ketinggalan. Siapa tidak minat KPOP? Tentu dianggap tidak mengikut arus zaman. Atas pengaruh itu, apabila sekumpulan pelajar berpenampilan KPOP melawat Sekolah Sri Bangsar… habis semua orang jadi gila bayang! Tambahan pula… tiga jejaka bernama Niel, AJ dan Kim memang hebat menari dan smart sangat! Populariti tiga jejaka KPOP Boys itu rupa-rupanya mencabar kumpulan rock Sri Bangsar yang digelar band Rangers. Selama ini Rangers bagaikan artis Sri Bangsar, digemari peminat kerana bersuara emas. Malangnya… Roy, Zack dan Adi mula diketepikan. Semuanya gara-gara perhatian kepada KPOP Boys semata-mata!
Product Overview
ISBN 9789670411514
Categories Malay Books, Novel, Novel Remaja / Teenage
Publisher PTS Publishing House
Pages 128
Format Paperback
Dimensions 12.7cm x 0.7cm x 18.9cm
Weight 0.14 kg

Subscribe