Kenapa Aku

Perkenalan Nia Darlina dengan tiga orang jejaka membuatkan hidupnya tidak tentu arah. Nia Darlina jadi bingung. Tidak tahu antara Zulhelmi, Azfar dan Shahrul, siapa pilihan hatinya. Kehadiran bapa tirinya, Haikkal dalam keluarga Nia Darlina mengundang rasa kecewa. Haikkal merupakan kawan baik papanya dan berkahwin pula dengan mamanya, Puan Hazrina setelah kematian Encik Daniel Hakim. Ini amat merumitkan Nia Darlina. Dengan tidak diduga, Haikkal pula mengambil kesempatan ke atas Nia Darlina tanpa pengetahuan Puan Hazrina. Apakah kesudahan hidup Nia Darlina? Mampukah Nia Darlina mengharungi badai yang menimpa ataupun terpaksa menyerah pada takdir? “Keluar kau dari rumah ini. Mulai hari ini, aku tak nak tengok muka kau lagi! Berambus! Jangan jejakkan lagi kaki ke sini dan mulai saat ini kau bukan lagi anak aku, keluar dari rumah ni! Keluar!!!” - Puan Hazrina. “What? Awak ingat saya ni perempuan murahan ke? Nak temankan awak makan dan berbual? Awak dengan semua lelaki, sama sahaja. Memang dasar buaya darat!” - Nia Darlina “Hati dan bicara saya senada menyanyikan lagu cinta untuk awak, Nia. Bahkan akan saya serahkan jiwa dan nyawa saya hanya untuk awak. Tak cukup lagikah untuk awak menilainya?” - Shahrul.

Product Overview
ISBN 9789670342788
Categories BX, Malay Books, Novel, Novel Cinta
Author(s) Nuroll Shazlinda Hairul
Publisher BookXcess Sdn. Bhd. 750543-D (BookXcess Online)
Pages 540
Format Paperback
Dimensions 11.40cm x 2.60cm x 18.40cm
Weight 0.42 kg

Subscribe