Kisah Amar 1

AMAR merupakan seorang pelajar yang sangat lemah
dalam semua mata pelajaran. Apatah lagi dalam
menguasai Bahasa Melayu. Sebenarnya, Amar langsung
tidak tahu membaca. Jika boleh pun, Amar hanya
mampu mengeja setiap huruf dan menghabiskannya
dalam masa yang lama, walaupun ia hanya satu ayat!
Akibat tidak lancar mengeja, dia berhenti belajar.
Namun, Amar bernasib baik kerana orang sekeliling
seperti ayah, ibu, Kak Sastri, Cikgu Hasnah dan
rakan-rakannya, Shamsul dan Ah Boon sanggup
membantu. Disebabkan malu dengan rakan-rakan
yang selalu mengejeknya, Amar tekad untuk belajar
membaca daripada Cikgu Hasnah walaupun dia seorang
cikgu yang garang.
A'
Suatu hari, Amar menerima sepucuk surat daripada
seorang budak perempuan melalui Ah Boon. Surat itu
juga menambahkan lagi rasa ingin tahu Amar terhadap
isi surat itu. Apakah isi surat itu? Mampukah
Amar mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam
peperiksaannya? Atau adakah dia akan mengeja sampai
bila-bila?

Product Overview
ISBN 9789675234767
Categories BX, Malay Books, Novel, Novel Remaja / Teenage
Author(s) AININ NAUFAL
Publisher BookXcess Sdn. Bhd. 750543-D (BookXcess Online)
Pages 112
Format Paperback
Dimensions 13.60cm x 0.50cm x 21.10cm
Weight 0.13 kg

Subscribe