KOUGAR

Cetakan semula sempena PBAKL 2020.

Kisha wanita moden yang konfiden dan bahagia dengan kerjaya dan kehidupan sosialnya. Berumur 40 tahun, dan masih bujang.

Ibunya di kampung mahu menjodohkannya dengan seorang duda bergelar imam. Tetapi minatnya lebih cenderung kepada anak muda berusia 25 tahun bernama Azril, yang bekerja di pejabat yang sama.

Tetapi Kisha kekadang impulsif. Tanpa disedari, dia telah menerima undangan dari Datuk Emir untuk keluar berhibur di karaoke. Dari situ, mereka akhirnya terlanjur. Apakah kecuaian Kisha itu dapat dirahsiakan atau akan ada impak yang terjadi di dalam jangka panjang nanti?

KOUGAR tidaklah seganas mamalia yang memburu di rimba. Tapi jika dicabar, tanpa segan-silu dia akan mengaum dan mencakar!
Product Overview
ISBN 9671038409
Categories BX, Malay Books, Novel, Novel & Sastera
Author(s) SHAZ JOHAR
Publisher Buku Fixi
Pages 322
Format Paperback
Dimensions 12cm x 3cm x 18.5cm
Weight 0.3 kg

Subscribe