Lembaga Kerusi Belakang

Latihan matematik, kerja sekolah, buat nota… memang tidak disukainya! Sanggup didenda, dihalau kelas dan dijerkah garang… Nadiya Risa sudah lali sangat! Inilah kisah seorang gadis Tingkatan 3 yang sering tidak menyiapkan kerja sekolah. Hampir setiap hari ditertawakan oleh rakan-rakan sekelasnya. Namun nasib Nadiya Risa berubah apabila sebuah kelas lama kini dibuka. Menurut senior sekolah, di dalam kelas itu ada sebuah meja berkerusi biru yang mampu menunaikan sebarang hajat. Lalu Nadiya Risa mencuba nasib. Diletakkan buku latihan matematik di meja berkerusi biru. Biar siap segala kerja sekolah tanpa perlu bersusah payah. Siapa sangka, pelik bin ajaib… esoknya semua siap terisi! Tanpa Nadiya Risa perlu bermata panda dan pecah-pecah kepala. Nadiya Risa semakin senang hati. Namun pada masa yang sama, banyak kejadian pelik-pelik mula berlaku. Nadiya sering terlihat ada lembaga mengekori dirinya. Telinga disapa bisikan memanggil nama. Meja berkerusi biru itu mula beralih secara tiba-tiba. Siapakah lembaga tersebut dan apakah yang akan terjadi kepada Nadiya Risa? Baca segalanya dalam novel seram ‘Lembaga Kerusi Belakang’. Semoga tidak mimpi seram ya!
Product Overview
ISBN 9789670411743
Categories Malay Books, Novel, Novel Misteri / Thriller
Publisher PTS Publishing House
Pages 128
Format Paperback
Dimensions 12.7cm x 0.7cm x 18.9cm
Weight 0.12 kg

Subscribe