Lolongan Tandas Sekolah

Tandas Sekolah Menengah Sri Bangsar terbakar! Habis rentung semua isi dalamnya, malah ada seorang mangsa dijumpai terkorban! Keras rentung, mayatnya hitam bagaikan arang. Punca kejadian tidak diketahui, maka ia dianggap kemalangan akibat litar pintas.Pihak sekolah juga tidak mahu kontroversi, mengharap kisah itu ditutup dan tidak diuar-uarkan. Wartawan dibayar supaya jangan tulis cerita hebahan. Tambah lagi apabila status si mati adalah anak yatim piatu yang tidak punya sesiapa. Atas rahsia besar yang tersimpan, siapa sangka… seorang gadis bernama Hani tiba-tiba melihat bayangan. Entiti lembaga hitam, bertubuh merah menyala macam daging terbakar selalu menjelma di tandas sekolah. Setiap kali muncul, ia terlolong-lolong meminta tolong. Turut tertera di cermin tandas, tiga tulisan ~ Ganas. Kurus. Botak.
Product Overview
ISBN 9789670411750
Categories Malay Books, Novel, Novel Misteri / Thriller
Publisher PTS Publishing House
Pages 128
Format Paperback
Dimensions 12.7cm x 0.7cm x 18.9cm
Weight 0.14 kg

Subscribe