Macam-Macam Katty

Nama aku Khadijah. Emak panggil aku, Ijah. Kawan-kawan pula panggil aku Katty. (Jauh benar bunyinya daripada Khadijah, bukan? Biarlah….)
Emak aku ibu tunggal. Hobi emak adalah membebel. Ayah aku sudah meninggal dunia. Aku anak bongsu daripada tiga adik-beradik.

Aku pakar dalam lukisan menggunakan warna air, suka berangan, dan tidur. Aku sangat obses dengan tidur.
Aku mempunyai penyakit dan sindrom yang amat kronik yang mungkin juga ada pada orang lain.

Tetapi, aku ada impian yang menggunung.
Impian aku biasa-biasa sahaja. Nampak sahaja biasa, tetapi mahu dapatkannya perlu kerah keringat sehabis daya.
Jikalau tidak dipecahkan ruyung, mana mungkin dapat sagunya, bukan?
Aku perlu berusaha keras sehingga ke akhirnya!

Mahu tahu lebih? Dapatkan Macam-Macam Katty!

Product Overview
ISBN 9789674011932
Categories BX, Malay Books, Novel, Novel Remaja / Teenage
Author(s) Eima Manan
Publisher BookXcess Sdn. Bhd. 750543-D (BookXcess Online)
Pages 126
Format Paperback
Dimensions 12.60cm x 0.70cm x 19.00cm
Weight 0.13 kg

Subscribe