Majalah Prasekolah Anak-Anak Malaysia: Tik Tok 15 (4-7 Tahun)

Pernah tak terfikir nak bagi anak anda yang masih di sekolah tadika untuk baca majalah? Tapi majalah apa yang sesuai ya? Kebanyakan majalah di pasaran memang ada yang sesuai untuk kanak-kanak. Macam mana pula kalau anak-anak masih kecil? Sedari umur 4 tahun mungkin. Inilah dia majalah Tik Tok. Majalah untuk prasekolah anak-anak di Malaysia. Sesuai untuk anak-anak kita yang berumur empat hingga tujuh tahun. Isi kandungan majalah ni memang boleh menarik minat anak-anak membaca dan membuat latihan. Ada pelbagai aktiviti. Ada ruangan untuk Matematik, English, Bahasa Melayu dan macam-macam lagi. Ada juga cerita pendek berbahasa melayu dan english untuk memupuk minat anak-anak untuk membaca. Yg penting isi kandungan yang berwarna. Memang seronok anak-anak kita baca dan buat latihan dalam majalah ni. Yg paling saya suka dalam majalah ni adalah ruangan kamus bergambar Tik Tok dengan tema berlainan setiap minggu. Boleh ajar dan tambah vocabulary anak-anak dalam bahasa melayu dan juga english. Komik dan ruangan mewarna ada. Ruangan art dan kreativiti pun ada. Boleh ajar anak-anak menjadi lebih kreatif dan minat seni.

Product Overview
ISBN 9772289832009
Categories Buku Cerita & Komik, Buku Kanak-Kanak, BX, Malay Books
Author(s) Komikkita Studio
Publisher BookXcess Sdn. Bhd. 750543-D (BookXcess Online)
Pages 50
Format Paperback
Dimensions 21.00cm x 0.30cm x 27.30cm
Weight 0.13 kg

Subscribe