Tika Hati Kata Cinta

Cinta, kasih dan sayang telah banyak mempengaruhi episod kehidupan mereka. Amira - Tentangan daripada emak, kehadiran kasih daripada rakan baik, mainan perasaan daripada Aisyah dan dendam Kirana adalah halangan dan dugaan yang menyelubungi episod cintanya. Rizzaimi - Dari dulu hingga kini, hatinya hanya untuk gadis itu. Tiada siapa dapat menggantikannya. Dan, hanya gadis itu impiannya. Azian - Kisah cintanya bersama Afiq harus dilupakan. Destinasi cinta mereka direntap tanpa rela dan meninggalkan episod derita yang berlarutan. Zarul - Terpaksa akur dengan kehendak ayah tercinta. Dan, terpaksa merelakan hati diamuk rasa menerima pertunangan di luar kemahuan sedang hati memendam cinta untuk Amira. Bersemikah cinta Amira? Terlaksanakah impian Rizzaimi? Bersatukah cinta antara Azian dan Afiq? Bertautkah kasih Zarul? Terpaterikah perasaan Aisyah? Terlunaskah dendam Kirana? Tika hati kata cinta, apakah akan ditemui cinta sejati?

Product Overview
ISBN 9789673650019
Categories BUY8, BX, Malay Books, Novel, Novel Cinta
Author(s) Aryn Arianis
Publisher BookXcess Sdn. Bhd. 750543-D (BookXcess Online)
Pages 527
Format Paperback
Dimensions 11.5cm x 2.5cm x 18.4cm
Weight 0.42 kg

Subscribe