Pesona Solat Tahajud

Solat Tahajud sering dikaitkan dengan ibadah Qiamullail, yang mampu memberi ketenangan dan keinsafan di celah-celah kesunyian malam. la menjadi amalan lazim ahli sufi dan makanan rohani bagi orang yang menyedari seribu satu kelebihan dan keajaiban solat tahajud. Pesona Solat Tahajud memfokuskan kepada panduan praktikal pengamalan solat tahajud yang tepat dan jelas. la menuntun kita menjelajahi setiap inci kenikmatan solat tahajud sebagai medium mengecap kebahagiaan berhubung dengan Tuhan dalam kerendahan jiwa penuh pesona. Pada masa yang sama, penulis mengajak kita membongkar hikmah dan kelebihan solat tahajud dalam menyembuhkan pelbagai penyakit menerusi perspektif sains dan perubatan. Pesona Solat Tahajud adalah sekuel kepada buku bestseller, Terapi Solat Tahajud, yang terjual lebih 10,000 naskhah di seluruh Malaysia.

Product Overview
ISBN 9789833603305
Categories Bacaan Umum, Buku Agama, BX, Malay Books
Author(s) Muhammad Salleh Ph.D
Publisher BookXcess Sdn. Bhd. 750543-D (BookXcess Online)
Pages 189
Format Paperback
Dimensions 15.10cm x 1.00cm x 22.70cm
Weight 0.26 kg

Subscribe