Polis Kampung

"Baik kamu jangan ke sana. Hutan nipah tu pak cik yang punya, pak cik tahu apa yang ada di dalamnya." Pak Deris mula bercerita."Ada apa pak cik?" soal Saiful ingin tahu.

"Ada ular besar. Ular tedung selar sebesar betis bersarang dalam hutan tu. Pak cik lihat minggu lalu. Malam tadi waktu pak cik mengelau ikan, ada pak cik dengar bunyi berjujut-jujut."

"Bunyi apa tu, pak cik?" tingkah Saiful pantas.

Perbualan itu menimbulkan kesangsian di hati Saiful dan Asri.

Mereka membuat keputusan untuk masuk ke dalam hutan nipah itu dan melihat apa yang ada di dalamnya. Keinginan mereka untuk mencari ikan pelaga yang garang dan cantik tidak boleh disekat. Janji mereka untuk menghiasi kelas dengan ikan pelaga akan tetap dikotakan.

Akhirnya apa yang mereka temui? Hutan nipah itu sebenarnya menyimpan rahsia yang ada kaitan dengan rungutan orang-orang kampung. Apakah rahsia itu? Ikutilah kisah menarik dan saspens ini hingga ke penghujungnya.

Product Overview
ISBN 9789673651429
Categories BX, Malay Books, Novel, Novel Remaja / Teenage
Author(s) Osman Ayobauthor.
Publisher BookXcess Sdn. Bhd. 750543-D (BookXcess Online)
Pages 141
Format Paperback
Dimensions 11.30cm x 1.80cm x 18.50cm
Weight 0.135 kg

Subscribe